Satu Bahan Bacaan Ringan Sambil ber Teh Tinggi atau Minum Kopi Dengan Selingan Lagu-Lagu Blues
tapi lagu kena pasang kaset sendiri sebab aku tak upload lagu disini...

Monday, September 7, 2009

perihal iklan merdeka dari perspektif aku

Menatap t.v. di bulan kemerdekaan membawa kepada keghairahan menanti iklan-iklan yang rame. Yang biasanya seru untuk diulas dan dikupas. Pada tanggal 5 dari bulan September yakni 5 hari selepas merdeka aku masih sempat tertonton satu iklan tentang merdeka terbitan astro dan amat mengghairahkan aku untuk mengupas. Bermula dengan komen-komen dan momen-momen rakyat Malaysia tentang bendera dan 1 malaysia. Salah seorang pengkomen ialah encik Mohd Rosli serang bekas tentera, yang kemudiannya bersama seorang bangsa India dan seorang bangsa Cina telah memberi tabik hormat kepada berhala pemegang bendera yang di gezetkan sebagai Tugu Negara. Ketidak wajaran yang ingin diulas ialah seorang melayu yang mewakili melayu islam di malaysia , biarpun ramai melayu kristian sekarang tapi mesej yang ingin disampaikan di situ dia mewakili melayu islam Malaysia, tapi mengapa menghormati patung yang sedemikian? Ah aku yang kolot ke kerana tidak memahami niat mereka biarpun ianya patung tapi niatnya adalah untuk menghormati semengat pejuang lama yang gugur dalam menagih kemerdekaan? Ya memang menyembah berhala itu satu penghormatan buat semangat, dan berbuat sesuatu yang khurafat biarpun berniat baik itu tidak pernah dihalalkan, yakni niat tidak pernah menghalalkan cara.

Atau memangnya aku kolot kerna ingin membesar-besarkan perkara remeh yang semacam itu?

Jika ini sudah melibatkan soal akidah boleh lagi ke dianggap perkara remeh?

Mungkin penulis skrip, peng’storyline’ dan pencerita papan nya bukan orang melayu islam maka mereka tidak peka soal ini tapi bagaimana dengan encik Rosli itu sendiri? Andai dia mengaku jahil dan tak pernah belajar tauhid mungkin jawapan itu boleh menyelamatkan dirinya seketika ini.

No comments:

Post a Comment