Mungkin lumrah jiwa yang tak tenang, terasa ada aja yang mengganggu ketenangan mata. Ah! semuanya salah, semuanya salah, semuanya salah!
Apa memang seluruh kampong ini orangnya begini?
Kisah Satu
Sewaktu aku mengadu pada pali (seorang rakan sekelas yang kini menjadi pegawai zakat di shahalam) tentang keghairahan encik foboi (ataupun koboi mengikut panggilan bapak mertuaku) yang ingin menjadi imam hanya kerna dapat duit, di mana ada jemputan kenduri yang menyelitkan wang di poketnya ketika dia membaca doa (biasanya dia dah hafal rumah sapa bagi duit dan rumah sapa tak bagi duit) maka rumah itu akan diutamakan sampaikan jemputan selepas zohor pun dia dah tercegat jam 12:30 mengabaikan tanggung jawab mengimami jemaah di masjid. Dan beberapa perkara yang menjengkelkan hati kebanyakan jamaah masjid seri jugra, maka apa yang dijawap pali atas ceritaku?
“mungkin sekampung tampoi tu orangnya tak boleh diharap dan antara mereka itu dial ah yang terbaik maka dipilihlah dia untuk menjadi imam dan jadilah dia imam yang jahil.”
Emmm…
Kisah Dua
Imam dua yang dilantik pun lebih kurang begitu, mengikut keluhan anaknya kak jura yang berjiran dengan mertuaku di kampong. Bapaknya kini sibuk berskandal dengan janda di kampong mentidak pedulikan kata orang sekeliling…. Hmmm.. dan hubungan encik foboi selaku Imam satu dengan Imam dua ni pun amat kurang mesra. Terutama imam satu yang selalunya datang lambat dan tempatnya dah tunaikan kewajipan atasnya itu oleh Imam dua, maka Imam satu seperti merajuk dan tak akan berdoa bersama selepas sembahyang. Yang mana dia akan beranjak ke belakang berhampiran pintu keluar berdoa sendiri dan mengelak bersalam dengan imam dua.
Maka begitu jualah hal sebaliknya pada Imam dua bila Imam satu yang menjadi Imam pada waktu itu.
“mungkin sekampung tampoi tu orangnya tak boleh diharap dan antara mereka itu dial ah yang terbaik maka dipilihlah dia untuk menjadi imam dan jadilah dia imam yang jahil.”
Emmm…
Maka berkatalah beberapa mulut di kedai kopi cik Dolah sebelah rumah tentang cadangan menggantikan imam-imam itu….
Dan selepas pilihan raya umum yang menyaksikan pertukaran kerajaan maka imam-imam ini dilucutkan jawat dan digantikan imam-imam baru.. tercapailah hajat mereka.
Tetapi! Bila dah berganti Imam dan pegawai baru apa yang aku nampak orangnya macam tu jugak.
Sekumpulan ajk dan asyik bercakap (mungkin lumrah dirinya suka bercakap hatta bukan di kedai kopi cik Dolah sekalipun) dan ini tidak terkecuali ketua kampong yang baru encik Rashid, dan dalam pemerhatian ku rupanya cik Rapi Imam satu yang baru pun join sama! Bercakap tak kira masa di dalam masjid, waktunya azan bergema pun asyik nak bersembang.
Apa topiknya yang penting sangat sesaat itu dari menggunakan saat yang ada untuk mendegar azan?
“mungkin sekampung tampoi tu orangnya tak boleh diharap dan antara mereka itu dial ah yang terbaik maka dipilihlah dia untuk menjadi imam dan jadilah dia imam yang jahil.”
Mungkin lumrah jiwa yang tak tenang, hati gundah, maka apa saja di hadapan mataku kelihatan salah. Entahlah …….