
Thursday, November 19, 2009
Kerana Lemak Babi
kah! kah! kah! kah! gelak kitorang bertiga...
Tuesday, September 8, 2009
Apa memang seluruh kampong ini orangnya begini?
Mungkin lumrah jiwa yang tak tenang, terasa ada aja yang mengganggu ketenangan mata. Ah! semuanya salah, semuanya salah, semuanya salah!
Apa memang seluruh kampong ini orangnya begini?
Kisah Satu
Sewaktu aku mengadu pada pali (seorang rakan sekelas yang kini menjadi pegawai zakat di shahalam) tentang keghairahan encik foboi (ataupun koboi mengikut panggilan bapak mertuaku) yang ingin menjadi imam hanya kerna dapat duit, di mana ada jemputan kenduri yang menyelitkan wang di poketnya ketika dia membaca doa (biasanya dia dah hafal rumah sapa bagi duit dan rumah sapa tak bagi duit) maka rumah itu akan diutamakan sampaikan jemputan selepas zohor pun dia dah tercegat jam 12:30 mengabaikan tanggung jawab mengimami jemaah di masjid. Dan beberapa perkara yang menjengkelkan hati kebanyakan jamaah masjid seri jugra, maka apa yang dijawap pali atas ceritaku?
“mungkin sekampung tampoi tu orangnya tak boleh diharap dan antara mereka itu dial ah yang terbaik maka dipilihlah dia untuk menjadi imam dan jadilah dia imam yang jahil.”
Emmm…
Kisah Dua
Imam dua yang dilantik pun lebih kurang begitu, mengikut keluhan anaknya kak jura yang berjiran dengan mertuaku di kampong. Bapaknya kini sibuk berskandal dengan janda di kampong mentidak pedulikan kata orang sekeliling…. Hmmm.. dan hubungan encik foboi selaku Imam satu dengan Imam dua ni pun amat kurang mesra. Terutama imam satu yang selalunya datang lambat dan tempatnya dah tunaikan kewajipan atasnya itu oleh Imam dua, maka Imam satu seperti merajuk dan tak akan berdoa bersama selepas sembahyang. Yang mana dia akan beranjak ke belakang berhampiran pintu keluar berdoa sendiri dan mengelak bersalam dengan imam dua.
Maka begitu jualah hal sebaliknya pada Imam dua bila Imam satu yang menjadi Imam pada waktu itu.
“mungkin sekampung tampoi tu orangnya tak boleh diharap dan antara mereka itu dial ah yang terbaik maka dipilihlah dia untuk menjadi imam dan jadilah dia imam yang jahil.”
Emmm…
Maka berkatalah beberapa mulut di kedai kopi cik Dolah sebelah rumah tentang cadangan menggantikan imam-imam itu….
Dan selepas pilihan raya umum yang menyaksikan pertukaran kerajaan maka imam-imam ini dilucutkan jawat dan digantikan imam-imam baru.. tercapailah hajat mereka.
Tetapi! Bila dah berganti Imam dan pegawai baru apa yang aku nampak orangnya macam tu jugak.
Sekumpulan ajk dan asyik bercakap (mungkin lumrah dirinya suka bercakap hatta bukan di kedai kopi cik Dolah sekalipun) dan ini tidak terkecuali ketua kampong yang baru encik Rashid, dan dalam pemerhatian ku rupanya cik Rapi Imam satu yang baru pun join sama! Bercakap tak kira masa di dalam masjid, waktunya azan bergema pun asyik nak bersembang.
Apa topiknya yang penting sangat sesaat itu dari menggunakan saat yang ada untuk mendegar azan?
“mungkin sekampung tampoi tu orangnya tak boleh diharap dan antara mereka itu dial ah yang terbaik maka dipilihlah dia untuk menjadi imam dan jadilah dia imam yang jahil.”
Mungkin lumrah jiwa yang tak tenang, hati gundah, maka apa saja di hadapan mataku kelihatan salah. Entahlah …….
Monday, September 7, 2009
perihal iklan merdeka dari perspektif aku
Menatap t.v. di bulan kemerdekaan membawa kepada keghairahan menanti iklan-iklan yang rame. Yang biasanya seru untuk diulas dan dikupas. Pada tanggal 5 dari bulan September yakni 5 hari selepas merdeka aku masih sempat tertonton satu iklan tentang merdeka terbitan astro dan amat mengghairahkan aku untuk mengupas. Bermula dengan komen-komen dan momen-momen rakyat
Atau memangnya aku kolot kerna ingin membesar-besarkan perkara remeh yang semacam itu?
Jika ini sudah melibatkan soal akidah boleh lagi ke dianggap perkara remeh?
Mungkin penulis skrip, peng’storyline’ dan pencerita papan nya bukan orang melayu islam maka mereka tidak peka soal ini tapi bagaimana dengan encik Rosli itu sendiri? Andai dia mengaku jahil dan tak pernah belajar tauhid mungkin jawapan itu boleh menyelamatkan dirinya seketika ini.
tues blues II
Wednesday, September 2, 2009
Apa Akan Kau Buat?
yang telah kao lukis dan karang sejak 1998, kiranya sejak kau kenal apa itu sketchbuk dan katmana nak beli yang murah samada kat multiart c.m atau nanyang petaling street.
apa akan kau buat?
tiba-tiba kau jumpa satu site yang bleh kau peragakan bakat yang dah lama tercatat selama ni ke dalam internet, yang selamani kau tak endah pun blog ni pasal malas!
apa akan kau buat?
dan mulalah kau memblog dan membaca blog-blog orang lain dan di situ kau dapati ada antara idea idea kau bersamaan dengan idea orang lain dan lebih malang buat kau diorang dah upload dulu!!!!
apa akan kau buat?
Monday, August 31, 2009
tues blues
"isi, penuh, tumpah, kosong,
isi, penuh, tumpah, kosong,
tumpah, isi balik, penuh,
isi penuh tumpah kosong.
isi penuh tumpah kosong.
sapa penuh balik untung.
sapa kosong balik rentung!"
terima kasih cik wartawan kerna meminjamkan buku itu!
Thursday, August 27, 2009
cobaan pertama ku memblog
mungkin sebelum ini aku agak malu untuk berkarya secara terbuka namun atas dasar hormon kuriositas yang merembes aku cuba juga mencarik jawapannya, susah ke? remeh ke? buang masa ke? dan macam-macam ke lagi yang timbul dalam kepala hotak ni hingga nak tau kenapa kawan meja seblah aku ni dah macam ketagih sanggup datang awal pagi semata-mata nak blog-blog-blog dan blog? ketagih ke? kalau dah ketagih ni bleh jatuh haram ke? kan dah makin banyak soalan yang berakhir dengan 'ke?' dalam kepala ni.... aku pun cuba memblog sebab dah berani cuma untuk menggunakan nama betul je yang tak berapa berani lagi, ah! ramai jugak penulis kat dunia ni guna nama pena kan? "lantaklah... kalau dah di sebut tiap-tiap hari karang jadi sedaplah nama Ian La Fraz tuuuu......" (kataku dalam hati).