Satu Bahan Bacaan Ringan Sambil ber Teh Tinggi atau Minum Kopi Dengan Selingan Lagu-Lagu Blues
tapi lagu kena pasang kaset sendiri sebab aku tak upload lagu disini...

Wednesday, October 24, 2012

Nak Jadi Agung


Nak Jadi Agung

Endang nak jadi Agung!
Endang nak jadi Agung!
Endang nak jadi Agung!
Endang nak jadi Agung!
Endang nak jadi Agung!
Endang nak jadi Agung!
Endang nak jadi Agung!

…Kini Endang baru tersedar
Endang boleh jadi rumah api yang Agung!


1 May 2006
Cyberjaya, Selangor

Wednesday, October 17, 2012

IMAM MALING


Imam Maling

…imam itu apa?
Kerna anak imam juga ada yang maling
…maling itu siapa?
Kerna anak maling juga ada yang jadi imam

Sedangkan singgat takkan selamanya menjadi singgat
Pun kecebong juga akan menjadi kodok akhirnya.

Dari maling Endang harus menjadi Imam
Dari Kecebong Endang harus manjadi Kodok
Dari mojok Endang harus menjadi Agung

… Endang baru tersedar!




27 April 2006
Putrajaya

Sunday, October 14, 2012

ENDANG III





Endang III

i-              Hidup ini pernah dihiasi suri
Yang menyempurnakan perjalananku
Dan aku dijadikan panduan untuk menyempurnakan perjalanan dia

ii-             Rumah ini juga, pernah dihiasi api
Yang menyempurnakan urusan dan dijadikan panduan untuk menyempurnakan perjalanan.

iii-            Setelah suri bisa bergerak sendiri
Setelah kapal pandai mengemudi tanpa berpandu rumah api
Tinggallah aku sendiri
Tinggallah rumah api sendiri

iv-           Lalu apakah bedanya aku dan rumah api?



27 April 2006
Putrajaya.

Thursday, October 11, 2012

KISAH LINA

 

Kisah Lina

Di sumur mini ini
Lina tanam bunga lili
Pantas terbayang kekasih hati
Kemana menghilang tidak dicari.

Endang sendiri di rumah api
Lina sendiri di kali lili
Endang setia sampai ke mati
Lina terseksa ikutkan hati

Dari tunggu sampai ke mati
Lina tekad mengejar mimpi
Terus berjuang hari ke hari
Hingga berjaya di kemudian hari
Walaupun jumpa bakal pengganti
Wajah Endang masih di hati
Walau jasadnya tidak di sisi
Lina terpaksa teruskan visi.
“semoga bertemu di lain hari”
Doa Lina setiap hari.

27 April 2006
Alamanda, Putrajaya

Tuesday, October 9, 2012

KISAH LILI

 

Kisah Lili

Ini kisah Lili Norlina
Orang panggil dia kak Lina
Muka ada sikit-sikit cina
Kawan Endang zaman t.v. tak warna.

Lili panggilan dari Endang
Mereka hidup berkasih sayang
Tapi setelah berganjak bujang
Masing-masing pada ngilang

Lili duduk menghadap kali
Dihisap ditenungnya bunga lili
Kado dari si-jantung hati
Kisah cinta dikenang kembali.


26 April 2006
Alamanda, Putrajaya


Thursday, October 4, 2012

MARAH?

 

Marah?

Bagaimana hidup tanpa marah?


Tanpa marah dengan siri cintanya,
Terkesankah puisinya chairil anuar?
Bagaimana abstraknya Pollock?
Jimi Hendrix dan dunia bluesnya?
Karam Singh Walia dan liputan beritanya?

…dan kebanyakan karya agung penuh ekspresi marah.

Dan dengan teori inilah
Endang terus marah untuk menjadi agung
Menyendiri untuk terus marah
Bermain dengan rumah apinya untuk menyendiri.

Itulah Endang yang agung.

Tanpa menyedari
Marah dan sendiri
Syaitan gemari.

April 2006
Kg. Tampoi


Wednesday, October 3, 2012

ENDANG II

 

Endang II

Endang tindak pernah peduli orang orang yang mampir di pinggir laut
Endang hanya mahu menulis
Endang hanya mahu berkarya
Endang lebih senang meringis
Kerna itu lebih manis.

Endang lebih suka sendiri
Endang lari ke bukit
Endang tak nyolok!
Endang tak nyorok!
Endang ke situ kerna rumah api itu
Endang kesitu kerna lebih asimilis untuk menulis.

April 2006
Bukit Jugra

Tuesday, October 2, 2012

ENDANG I



Endang I

Endang terlupa didalam kalut
Yang dia tidak sendirian mengadap laut
Di sekelilingnya ada 1000 orang bersangkut paut
Di kirinya bertitip salam kepada ombak buat pemilik hatinya di seberang laut
Di kanannya menjerit kerana gundah dan ribut
Di hadapannya asyik dengan ilham dari karang dan siput
Di belakangnya memang saja bercanda menghilang lelah dan semput.

Namun tak semuanya cuba mengenal diri dan Tuhanya padahal itu yang patut.



12 April 2006
Morib