Satu Bahan Bacaan Ringan Sambil ber Teh Tinggi atau Minum Kopi Dengan Selingan Lagu-Lagu Blues
tapi lagu kena pasang kaset sendiri sebab aku tak upload lagu disini...

Thursday, September 27, 2012

MUKA SURAT DUA



Muka Surat Dua

Tanya satu soalan pada tetamu
100 jawapan datang bertalu
Tentang laut dan tebing batu,
Yang di atasnya ada rumah api ‘panduan si juru-pandu’.
Kapal yang sesat situlah dituju,
Di garisan melintang dia menegak satu.

Subjek dan objek, jalan dan laluan
Sering diumpamakan bermacam-macam,
Penyuluh hidup bak mata tuhan
Barangsiapa tetap tak akan karam.

Namun tidak bagi si Endang
Bila semua orang kedepan dia ke belakang,
Rumah api bukan panduan
Tapi disamakan dirinya seorang.

Endang kata inilah pendirian,
Tegak bak rumah api yang sendirian
Laut dijadikan tempat pengabdian
Untuk menemukan keperibadian.

April2006
Pantai Kelanang

Wednesday, September 12, 2012

LAUT



Laut (a Tragical Scenery)

Dihadapan mata, sorang pemuda separuh baya melontarkan suaranya dengan lantang kearah laut.
Dengan secuil kata-kata saduran wayang… “Lina!!! Aku cinta padamu!!!...”
Ekspresinya sudah nyata namun mengundang persoalan tetap tak mungkin  dihela,
Masyarakat sekeliling juga meneka.

Jika tiada ujudnya laut di dunia,
Arah mana ekspresi suara?
Bukit, hutan mungkinkah ia?
Menjadi media sasaran jiwa,
Kerana tak hanya prasaan cinta,
Juga kerana marah dan suka,
Kecewa, merana mahupun suka-suka.




April 2006
Pantai Kelanang.

Thursday, September 6, 2012

SmS punya hal

hampir setahun tak menulis, nasib baik tiada follower.kalau tak dah sure kena maki

harini aku terima sms rambang dari (budak mungkin) berdasarkan gaya penulisan dan penyusunan huruf.
sms 1 - "Askom mf mgu leh tye?"
sms 2 - "boleh sye tye wk ni siapa"
sms 3 - "ha knp tk bls sya nk th sja jangan tkot"
sms 4 - "wak tolg bgthw sye plez:-( "
sms 5 - "hlow ckp bek skt ha sye ukn bdk sklh. sye hnta mcg kt wk ney pwn kwn sye yg surh dye nk thw wk ney lan kew kwn dye.law wk ukn lan k cwey sye mgu"

itu sebahagian awal bila kami berbalas-balas sms. saje je nak melayan bebudak ni sesab aku nak belajar membaca cara baru...
punya la susah nak menyebut perkataan² tu
punya la nak ringkas sampai jadi pelik ejaan nya
 teringat aku kat arwahnya pret beberapa taun yang dulu.
dia ni pulak seorang yang menulis dengan cukup terang tapi ayatnya pulak yang aku tak berapa paham...

sms 1 - "ko kat mana? helikopter meletop air panas jebluk di sebat toler paip pap pap pap!"
 bila aku kata tak paham ayat dia, dia reply plak kata nak tanya aku kat mana tapi kalau sms satu perkataan pun kena caj sama gak baik dia tulis semaksima yang boleh baru la tak rugi, tu yang tulis tah pape tu...

hadoih!