"hari lain aku dah masak, harini biar aku beli lauk korang yang masak" melangkah keluar rumah di jalan mahadi, naik moto trus ke pasar kat chowkit, "11:30 hmm.. sempat ni sayur mesti banyak lagi".
selesai.
naik moto trus niat balik ke rumah, di pertengahan jalan tiba-tiba satu rombongan hebat melintas. "Wow!" di bawah sedar terpulas trotle minyak moto mengikut kelajuan rombongan hebat yang agak laju sikit dari steamroller menyusuri bulatan pahang menuju sentul tak jauh dari flat pekeliling.
masih di bawah sedar, berhenti serentak rombongan hebat, perking dan mematikan enjin motosikal sambil memerhatikan penuh khusyuk aktiviti rombongan hebat. setiap satu muatan diturunkan dari lori dan menyusun lebih kurang ringkas.
selesai.
sambung perjalanan asal, balik kerumah di kg.Baru dan menghulurkan ikan dan sayur kepada tukang-tukang masak di rumah. "woi! 2:30 petang dah ni!!! lapar gila dah tau!!! ko pegi beli sayur ke apa???"
"sori... leka tengok lori sarkis bawak gajah kat sentul..." jawabnya tanpa rasa bersalah.
selesai.