saat keluar dari rumah jam 7 pagi tadi, sudah tergeremet di hatinya (aduh... traffic lite !!! aku nak kena tempuh lagi..) 1. di Banting Baru 2.di rumah murah sebelum Masjid Banting ~ke depan 700m traffic lite yang ke 3. di hadapan Maybank Banting ~5oom kehadapan adalah yang ke4. di The Store Banting ~500m kehadapan ada lagi yang ke5.Dewan Orang ramai Banting
saat sebelum traffic lite ke6 di sekolah Sultan Abdul Samad hatinya ngeromet ragi.. (sini pun nak pasang traffic light gak ke? mampus... [sebelum dan selepas stadium Jugra] )
dan jaraknya hanya 200m antara dua (bakal) traffic lite di Stadium Jugra itu (dah siap pasang cuma belum menyala je lagik) ~ kemudian selang 500m baru lah dia menempuh yang ke6. Sekolah Sultan Abdul Samad (500m kedepan ada lagi yg ke) 7.Tesco Banting (500m ke depan diikuti yang ke) 8. Sg. Manggis (selang 1km adalah yang ke) 9. bandar Mahkota (huh! tanah sekangkang kera tu bleh di panggil bandar ek?)
tidak habis di situ.. 10. SK Olak Lempit
11. Petronas Olak Lempit
12. Masjid Kg. Bukit Changgang
13. Masjid Dengkil
14. Kastam Dengkil
15. SK Dengkil
16. Dengkil Jaya
17. Kg. Dato' Ahmad Razali
fuhh.. campur bakal 2 lagi kat Staium Jugra tu 19 bijik la dia kena lalu sebelum sampai opis...jarak dekat-dekat lak tu antara satu sama lain..
kalau bukan kerana mak mertua suh tido banting malam tu memang dia takkan berani nak ber'keluar pi keje dari Banting'... (memang selalunya dia pegi keje ikut jalan dalam je dari Jenjarom)
Nasib dia la sebab ini jalan tak ber 'tol' kena la banyak traffic lite... (Tapi ini kawasan kampung mana nak ada jalan ber'tol' yang luas dan pantas?!!) ngomel hatinya lagi..
(...dan ini bukan kotaraya pun nak 'boh' traffic lite banyak-banyak...)
(kenapa la nak putuskan 'divider' dan 'boh traffic lite? sambung je la divider tu.... kan dah buat tempat u-turn yang selamat kat bawah jambatan banting tu... so semua keta bleh u-turn dan masuk ke simpang masing-masing tampa gangguan traffic lite yang jaraknya 500m satu...)
semua pernyataan itu hanya dalam hatinya kerana YDP daera Kuala Langat tak dengar pun walau dia bercakap sebab dia sorang2 dalam keta....
....apa murah sangat ke kos bikin trafik lait kat Banting nih? bisikan terakhir dari hatinya.