Satu Bahan Bacaan Ringan Sambil ber Teh Tinggi atau Minum Kopi Dengan Selingan Lagu-Lagu Blues
tapi lagu kena pasang kaset sendiri sebab aku tak upload lagu disini...

Friday, October 28, 2011

a quote from 'Mutiara Embun-search'

"setahun yang lalu kau di sisi, namun hilang kembali"

Tuesday, September 13, 2011

ULANGAN

indahnya ramadhan lepas, walau tak seharipun aku mengaji
tapi tak sewaktupun aku terlepas, kirimkan fatihah lima kali sehari.

tapi macam tahun lepas, baru raya ke14 dah tinggal sekali
salah kan setan yang bebas?, itu alpa ku sendiri...


Sunday, July 24, 2011

'satu ketika dulu'

"harini korang masak!"

"hari lain aku dah masak, harini biar aku beli lauk korang yang masak" melangkah keluar rumah di jalan mahadi, naik moto trus ke pasar kat chowkit, "11:30 hmm.. sempat ni sayur mesti banyak lagi".
selesai.

naik moto trus niat balik ke rumah, di pertengahan jalan tiba-tiba satu rombongan hebat melintas. "Wow!" di bawah sedar terpulas trotle minyak moto mengikut kelajuan rombongan hebat yang agak laju sikit dari steamroller menyusuri bulatan pahang menuju sentul tak jauh dari flat pekeliling.

masih di bawah sedar, berhenti serentak rombongan hebat, perking dan mematikan enjin motosikal sambil memerhatikan penuh khusyuk aktiviti rombongan hebat. setiap satu muatan diturunkan dari lori dan menyusun lebih kurang ringkas.
selesai.

sambung perjalanan asal, balik kerumah di kg.Baru dan menghulurkan ikan dan sayur kepada tukang-tukang masak di rumah. "woi! 2:30 petang dah ni!!! lapar gila dah tau!!! ko pegi beli sayur ke apa???"

"sori... leka tengok lori sarkis bawak gajah kat sentul..." jawabnya tanpa rasa bersalah.
selesai.


Wednesday, June 8, 2011

Melayan perut lapar di-opis

seketika selepas hujan.. perutnya terasa lapar.
mengangkat bekas air kopi panas yang dia letak di sudut meja kongsi pagi(tgh hari sebenarnya sebab dia datang lambat ke opis hari ini) tadi, "uh... ada lagi..." girang hatinya dapat minum kopi petang-petang gini. lepas ujan pulak tu.... heheheee

"kalau ada biskut ke roti kering gula pun best ni" sambil menjenguk² meja wazir husin kerna selain chip, wazir husin orang kompandan tu juga penyimpan makanan untuk waktu-waktu kecederaan...

biskut tak jumpa tapi nota ada... katanya " on leave 9-13 jun 2011, in case of emergency call bomba, in case of something else call someone else."

HuH'!! ilang lapar sekejap....

Friday, June 3, 2011

Bilal 1985 dan Bilal 2011

1985

rosmadi baru je sampai surau tatkala wak satiman selaku siak sedang menyapu-nyapu karpet tanpa sedikit perasaan riak di hati....
"Di! wes adan ngono!" seloroh wak satim sambil muncung mulut dihala ke mikropon surau sebab radio surau dah berkumandang doa selepas azan
rosmadi pun seperti robort programan wak satiman jalan tak berbunyi kearah mikropon, switch on, dan berbunyilah guruh-guruh kecil di sudut pembesar suara...

"........bbrrrrrrr!!!.." bunyi moto wak bakar memilih tempat parking kegemaran di bawah surau seblah tiang no.2
oh ye wak bakar adalah bilal rasmi surau
"subhanallah..walhamdulillah.." seru rosmadi sebagai mukaddimah azan lantas raungan wak bakar terdengar sayuuuuppp dari bawah surau.. "belum waktu!!! belum waktu!!!...."
erk! tersentak rosmadi disitu sebab nyata dia dah dengar azan radio berkumandang.....

duk! duk! duk! bunyi tapak kaki wak bakar melangkah anak tangga surau,
rosmadi pun duduk tapi wak bakar trus laju menghala ke mikropon lantas "Subhanallah..Walhamdulillah.."
"ooo... orang lain tak bleh azan kat surau ni rupanya itu tugas dia..." kata hati rosmadi lantas senyum bila wak satiman menoleh dan senyum kepadanya....




2011

"eh lama tak nampak paman Nun pi masjid skang mak...dia tak sihat ke?" tanya cipar adiknya rosmadi.
"Tah.. merajuk agaknya.. kan dah 5 bulan elaun dia tak dibayar...." jawab mak.
"dia crite ke kat mak?" - "Tak... Bibik Idah yang crite...." tanya dan jawab antara dua beranak itu seterusnya.....

dulu menjadi rebutan jawatan bilal ni sedangkan tiada apa-apa bayaran pun...
tapi skarang susah la bilal kg. jenjarom ni....

Thursday, May 26, 2011

.....(diam)


dia : Wujudkah Tuhan?
aku: ....(diam)
dia : Kat Mana Tuhan?
aku: Aku yakin Dia Wujud, Andai Aku Tidak Bisa Menunjukkannya Adakah Kau akan berpaling dan Berhenti Sembahyang?
aku: Aku bukan orang yang arif untuk menjawab, kau perlu bertemu guru tasauf, belajar hakikat dan makrifat. Itu bukan ilmu yang ringan untuk ku berani menuntut.
aku: Andai angin ciptaannya pun tak mampu kita nampak, inikan pulak penciptanya.
aku: Tapi Aku percaya Dia wujud

dari penceritaan kau setahun dua ini nyata kau telah berguru dengan 3 orang(setakat yang aku tahu) guru matapelajaran berat ini...
berumur 34tahun, Tanggal 1 September 2010 kau telah kembali kerahmatullah dan aku harap kau sudah berjumpa apa yang kau tanya

Sunday, May 15, 2011

HaRi iNi iSNiN yang Di KaTa

13-05-2011 10:49pagi
Isnin ptg akn jam truk dr ptrjya smp bntg. DSAI nak dtg b.c wat crmh umum n mgkin akn cetuskn reformasi.

(reply kat dia) 11:18pagi
Ala Jam tu kko la yang buat hehee sbb sure ada roadblock kan?

13-05-2011 11:28pagi
Tau xpe. Kalini mmg kwln ketat

13-05-2011 11:48pagi
Aku br hbs mesy t'gmpr ni. tu yg br tau. Igt ritu dia nk wat kat sepang. Aleh2 ke b.c lak. Tu yg m'glupur polis2 cni. cet

(reply kat dia) 17:24
Ok skang ko sms kat smua org kg. supaya jgn kuar jd x la jam hari isnin kang...





Sedikit sedutan dari sms yang aku terima beberapa hari lepas... so kesimpulannya untuk apa? nak suh aku forward and separate the news (mengenai hasil rumusan mesyuarat tergempar derang tu) kat semua orang agar jgn kuar umah dan jalan jadi smooth tanpa jamm? betul akan jam ke? biasanya jalan tu elok je sebab ko buat roadblock tu yang jadi jamm...
emmm tak masuk campur sangat la politik ni dik... sebab ko polis ko buat je lah keje yang tuan ko arahkan tu...
harini dah isnin yang dikata, kita tengok apa akan jadi petang ni waktu aku balik keje kang...

Wednesday, April 27, 2011

....apa murah sangat ke kos bikin trafik lait kat Banting nih?

Nyata traffic lite di Banting bukan penyelesai masalah.... menambahkan lagi traffic jam ade ler...
saat keluar dari rumah jam 7 pagi tadi, sudah tergeremet di hatinya (aduh... traffic lite !!! aku nak kena tempuh lagi..) 1. di Banting Baru 2.di rumah murah sebelum Masjid Banting ~ke depan 700m traffic lite yang ke 3. di hadapan Maybank Banting ~5oom kehadapan adalah yang ke4. di The Store Banting ~500m kehadapan ada lagi yang ke5.Dewan Orang ramai Banting
saat sebelum traffic lite ke6 di sekolah Sultan Abdul Samad hatinya ngeromet ragi.. (sini pun nak pasang traffic light gak ke? mampus... [sebelum dan selepas stadium Jugra] )
dan jaraknya hanya 200m antara dua (bakal) traffic lite di Stadium Jugra itu (dah siap pasang cuma belum menyala je lagik) ~ kemudian selang 500m baru lah dia menempuh yang ke6. Sekolah Sultan Abdul Samad (500m kedepan ada lagi yg ke) 7.Tesco Banting (500m ke depan diikuti yang ke) 8. Sg. Manggis (selang 1km adalah yang ke) 9. bandar Mahkota (huh! tanah sekangkang kera tu bleh di panggil bandar ek?)
tidak habis di situ.. 10. SK Olak Lempit
11. Petronas Olak Lempit
12. Masjid Kg. Bukit Changgang
13. Masjid Dengkil
14. Kastam Dengkil
15. SK Dengkil
16. Dengkil Jaya
17. Kg. Dato' Ahmad Razali
fuhh.. campur bakal 2 lagi kat Staium Jugra tu 19 bijik la dia kena lalu sebelum sampai opis...jarak dekat-dekat lak tu antara satu sama lain..

kalau bukan kerana mak mertua suh tido banting malam tu memang dia takkan berani nak ber'keluar pi keje dari Banting'... (memang selalunya dia pegi keje ikut jalan dalam je dari Jenjarom)

Nasib dia la sebab ini jalan tak ber 'tol' kena la banyak traffic lite... (Tapi ini kawasan kampung mana nak ada jalan ber'tol' yang luas dan pantas?!!) ngomel hatinya lagi..
(...dan ini bukan kotaraya pun nak 'boh' traffic lite banyak-banyak...)
(kenapa la nak putuskan 'divider' dan 'boh traffic lite? sambung je la divider tu.... kan dah buat tempat u-turn yang selamat kat bawah jambatan banting tu... so semua keta bleh u-turn dan masuk ke simpang masing-masing tampa gangguan traffic lite yang jaraknya 500m satu...)
semua pernyataan itu hanya dalam hatinya kerana YDP daera Kuala Langat tak dengar pun walau dia bercakap sebab dia sorang2 dalam keta....

....apa murah sangat ke kos bikin trafik lait kat Banting nih? bisikan terakhir dari hatinya.

Friday, March 18, 2011

DINDING INI AKAN KU SIMPAN!


sabuah kapal laut..


















dan sabuah keratapi....















antara karaya awalku yang masih tersisa di dinding rumah induk, sekitar 1983 atau 1984 kurang pasti yang mana lebih tepat kerana aku belum darajah satu ketika itu, (darajah satu ku 1985)
dan aku berkaraya di dinding sebab ta bersekolah tadika sekaligus ta berbuku dan pensel untuk membuang waketu.

dan DINDING INI AKAN KU SIMPAN! andai rumah induk ini mau dirobohkan...

Tuesday, March 1, 2011

NiKMaTNyA MeNJaDi oRaNG MisKin II

Ke Dewan Philharmonik Petronas

kalau orang kaya rasa besa-besa je makan daging
orang miskin rasa sungguh nikmat kalau dapat makan big mac "setahun sekali pun dah syukur yang amat sangat!"
kalau orang kaya rasa besa-besa je minum kopi rm6 secawan di hotel
orang miskin rasa sungguh nikmatnya kopi "itu pun hanya mampu kami buat sendiri kerana harganya tak terjangkau"
kalau orang kaya rasa besa-besa je tengok persembahan kat dewan filharmonik
orang miskin rasa suuuuuunnngguh! nikmat ketika dapat duduk di dalam dewan itu malam tadi!
suuuuungguh! "kerna harga tiketnya tak terjangkau"

NiKMaTNyA MeNJaDi oRaNG MisKin

untuk menikmati kopi mahal yang original
aku berjaya memproses kopiku sendiri
dari memetik buah kopi-memecah-menjemur-memecah tempurung (baru ku tahu kopi ada tempurung atau kulit ari kata mak ku)-menyangan sehingga coklat keemasan.
itu semua ku buat sendiri, sapa sangka dari satu bucket kfc buah kopi hasilnya hanya dapat seratus gram... uuhhh patutlah yang kat starbuck tu mahal sangat sebab aku nampak biji kopi tu seratus peratus kopi sebelum di kisar untuk minuman seperti di pesan pelanggan.
~"yang murah kat kadai tu diorang campur tempurung!" kata kawan ku

dan ... umph! nikmatnya kopi mahal ku bila kita rasa kita lah yang dah penat membuatnya selama ini...

Thursday, February 10, 2011

antara object, subject, verb



semiotic bermula denganya
sembang, minum kopi, diharung sekali.
dari semiotic ke structure ayat'
topik bertukar tempat, sarat meningkat,

OSV-SVO-VSO- dan antaranya
baru rasa indahnya bahasa
pertuturan YODA jadi misalnya

Tue Feb 08, 2011 2:48 pm

SAYANG SERIBU KALI

kisah hatinya menyenangi aku
tapi tak terluah
kisah hatiku mengingininya
tapi tak berani mengaku

aku sangka hanya ada satu kisah cinta yang terlambat
kini terjumpa di laman sosial maya
bercerita di sudut privasinya
rupanya ada satu lagi cinta yang terlambat

seribu kali sayang
kerna kau ada dia
dan aku sudah berpunya
dan ini bukan jodoh kita

...tapi agak menyesal kerna tak berani bertegursapa di waktu adanya peluang itu!

Monday, January 17, 2011

hari ini periksa peti surat
ada rayuan derma dari betterman untuk melayudotkom
teringat pulak melayaudotkom
bukak pulak melayudotkom
teringat pulak kawan lama yang hilang ditelan hutan
teringat pulak makwe lama yang hilang ditelan kekecewaan
teringat pulak syair-syair lama yang hilang ditelan halaman lama melayudotkom
teringat pulak halaman lama yang menjumpakan aku dengan kawan-kawan lama
teringat lagi kat kawan lama yang hilang ditelan hutan
teringat lagi kat makwe lama yang hilang ditelan kekecewaan

....dan begitulah dunia ini berputar!